Mengatasi rasa takut dalam trading forex

On Mar 21, 2018 | In Belajar Forex, Berita | by myfbs

Sebagai manusia biasa, adalah normal untuk mempunyai rasa takut bila membuat trading, tetapi sama ada ia melumpuhkan anda atau mendorong anda ke tahap yang lebih tinggi, ia bergantung sepenuhnya kepada anda.

Ketakutkan adalah satu emosi yang kuat, yang melumpuhkan ramai pedagang. Ia mengelirukan anda, memisahkan anda dari akal, hikmah, dan kebolehan anda untuk membuat keputusan yang baik. Ini benar bukan sahaja dalam perdagangan, tetapi juga dalam kehidupan.

Jika kita hadapinya secara bersemuka, ketakutan bukanlah satu emosi yang buruk untuk dialami dalam segenap segi kehidupan. Rahsia utamanya adalah untuk mempunyai kunci rahsia mengawalnya. Di dalam perdagangan, sudah terbukti bahawa sebahagian besar takut kehilangan wang mereka dan itu wajar sahaja, menjaga modal adalah penting. Ini dicapai menerusi ‘mindset’.

Ada beberapa ketakutan berkaitan perdagangan yang semua orang cenderung untuk alami ketika mendaki kejayaan. Yang pertama, secara logiknya, adalah takut rugi, dan ia boleh memberi impak besar kepada penilaian perdagangan anda. Ia boleh membawa kepada kegagalan untuk melaksanakan entri baru dan juga untuk keluar dari dagangan. Bila ia menahan anda dari membuat tindakan, anda juga kehilangan kebolehan untuk melaksanakan strategi pemasaan anda.

Tiada siapa yang suka rugi. Tiada siapa yang suka mengalami drawdown. Tetapi cuba untuk mengelak kerugian dan drawdown hanya akan memburukkan keadaan. Baik pedagang baru mahupun yang berpengalaman, berhadapan dengan ketakutan ini berulang-ulang. Anda boleh uruskan kerugian anda (dengan menutup posisi yang kerugian secepat yang difikirkan logik) dan drawdown anda (dengan mengecilkan saiz posisi anda, dengan menapis dagangan berkualiti, dengan memastikan anda tidak terlebih berdagang) tetapi anda tidak boleh mengelaknya sama sekali.

Sudah banyak yang telah ditulis tentang mengatasi ketakutan kerugian, tetapi kebanyakan orang terlalu sukar menerima kenyataan bahawa ia sebahagian dari perdagangan. Untuk mengalahkan ketakutan kita, kita perlu benar-benar jujur dengan diri kita sendiri. Ia bermula dengan menanyakan diri kita soalan yang betul, patuh dengan diari perdagangan, menganalisa mengapa ketakutan itu telah muncul dan kemudian bertindak untuk mengatasi ketakutan ini. Jika anda rasakan ketakutan masih menghalang anda mencapai kejayaan, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Jangan risikokan apa yang anda tidak mampu hilang

Kecilkan saiz lot anda ke tahap di mana anda selesa berdagang tanpa ada ruang rasa takut menyelinap. Ia mungkin memangkas keuntungan anda tetapi ia memotong kerugian anda juga.

2. Jangan buka order dengan banyak dalam satu masa

Daripada membuka 100 posisi yang pelbagai, pilihlah satu. Cuba untuk pecahkannya kepada 3 posisi yang lebih kecil untuk dagangan yang sama, cth. 1 x 0.01, 1 x 0.02, 1 x 0.04. Pilih dagangan dengan jangkaan sasaran yang baik dan tutup posisi 0.03 anda bila ia mencapai atau melebihi dari keuntungan yang padan dengan risiko Renti Rugi anda dan biarkan dua lagi posisi terus hidup. Sekurang-kurangnya anda boleh bersantai mengetahui anda tidak boleh rugi dengan dua lagi posisi yang tinggal, dan harapnya mendapat keuntungan dari kedua-duanya. Menggunakan contoh di atas anda telah meningkatkan saiz lot keseluruhan anda dari 0.05 kepada 0.07 dengan senario yang kurang berisiko.

3. Definisikan pelan dagangan dan patuhinya. Sebagai contoh, latih diri anda untuk melakukan trade salah satu daripada indikator klasik Forex.

Langkah yang perlu yang kedua adalah untuk mentakrifkan sebuah pelan perdagangan yang berkesan untuk anda, sesuatu yang sesuai untuk anda. Hapuskan semua ketidaktentuan di dalam kaedah anda, dan anda akan lebih yakin bila berdagang. Adakah peraturan kemasukan anda jelas sehinggakan anda boleh menjawab “Ya, ini boleh saya dagangkan” atau “tidak, tunggu yang lain sahaja”? Ada peraturan keluar anda jelas kepada anda? Bagaimana dengan peraturan pengurusan perdagangan dan kewangan? Pada hari di mana anda selesaikan isu-isu ini, anda akan nampak jelas tiada apa yang harus dibimbangkan.

4. Analisa dan bertindak berdasarkan diari trading anda

Pastikan anda menyimpan rekod transaksi anda di dalam diari perdagangan. Tujuan diari perdagangan adalah untuk membina keyakinan di dalam sistem perdagangan anda. Bila anda berdagang dengan keyakinan anda boleh berdagang dengan objektif. Dengan mencatat tentang setup perdagangan anda, emosi bila masuk, urus dan keluar posisi, berserta dengan cerapan aktiviti pasaran serta untung/rugi, anda mampu untuk merungkai apakah yang berkesan dan apa yang tidak. Selain dari itu, ia adalah satu perkakas yang efektif yang direka untuk menguruskan emosi anda, biasanya dalam situasi di mana anda perlu membuat deposit pertama anda. Anda juga harus menuliskan keadaan emosi anda pada saat transaksi.

Satu lagi ketakutan, yang lazim di kalangan pedagang pemula, adalah ketakutan untuk memulakan perdagangan dengan akaun live. Sesiapa pun yang berdagang dengan wang sebenar akhirnya akan memikirkan mengapa emosi itu tiada ketika berdagang akaun-akaun demo. Ini tidaklah mengejutkan kerana semua pedagang hanya manusia biasa seperti orang lain, dan berdagang di mana-mana pasaran boleh mendatangkan banyak situasi yang getir. Kemungkinan merisikokan wang itu sendiri mendatangkan stres, jadi anda harus belajar mengawal emosi dan cara mengatasi ketakutan anda demi untuk mengekalkan kawalan dalam pembuatan keputusan. Di sini ada beberapa petua:

1. Buka akaun Cent dan buat deposit dalam amaun yang minimum – bermula sebegini adalah lebih mudah!

Cuba ketepikan lebih kurang $50 dan berdagang dengannya, berbanding $1k atau lebih. Jika anda tidak boleh berdagang dengan konsisten dengan $50, anda tidak boleh melakukannya dengan $5k juga. Amaun modal tidak penting, yang penting hasilnya. Jadi jika ketakutan meresap, lakukan beberapa perubahan dan ilhat jika ia membantu. Mengecilkan saiz dagangan anda akan membantu anda dan mengeluarkan sedikit wang tersebut akan menceriakan anda juga.

2. Cuba dengan nekad. Mereka yang tidak melakukan kesilapan adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa. Dalam masa yang sama mereka juga tidak akan berjaya.

Seorang pedagang yang hebat pernah berkata, cara yang terbaik untuk mengatasi emosi di dalam perdagangan adalah untuk merasakan dan mengalaminya sepenuhnya. Jika anda berhenti teragak-agak dan membenarkan diri anda merasai perasaan yang anda tidak mahu rasai, ia bertukar dari musuh kepada rakan sekutu anda.

Kesimpulannya, anda perlu menganalisa semula keseluruhan falsafah perdagangan anda dari asas. Mulakan dengan memutuskan pedagang gaya yang bagaimana anda hendak jadi atau jika anda mampu menjadi pedagang sebegitu atas faktor personaliti, masa, modal, gaya hidup dan sebagainya, dan teruskan. Apabila anda telah menyelesaikan yang asas kemudian anda perlu usahakan sistem tersebut dan betul-betul kenalinya sedalam-dalamnya. Anda harus menyukainya, kerja keras merealisasikannya dan hidup bersamanya, sehingga anda dapat menyentuh dan merasakannya. Jangan lupa pasaran Forex memberikan peluang unik kepada setiap orang untuk mendapatkan keuntungan dan malah menjadi jutawan. Semua ini akan membantu anda mengatasi ketakutan berdagang.

Jom cuba jadi trader hari ini , dapatkan bonus dari pada FBS sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka Akaun

Like Us