Kenapa perlu jadi trader forex ? Ini adalah sebab sebabnya

On Mar 18, 2018 | In Belajar Forex, Berita | by myfbs

Semua orang mempunyai impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, tetapi mereka tidak mempunyai pelan perniagaan mahupun modal yang besar untuk dilaburkan. Ini mungkin penting untuk banyak jenis bisnes, tetapi bukan untuk perdagangan Forex. Untuk menjadi trader forex yang baik perlu menyusun strategi yang betul.

Pasaran Forex adalah sebuah pasaran kewangan untuk memperdagangkan matawang yang bersifat global, antarabangsa dan terpencar (tidak terpusat). Ia mempunyai karakteristik yang unik dan sifat-sifat yang menjadikannya sebuah pasaran yang menarik untuk para pelabur yang mahu mengoptimakan keuntungan mereka. Internet menjadikan proses tersebut pantas, mudah dan sangat ringkas. Perdagangan Forex melibatkan risiko, tetapi pelaburan alternatif memberikan pulangan yang lebih baik.

Jadi mari kita selami apakah sebab-sebab yang mendorong orang ramai menjadi pedagang Forex. Berikut adalah sebab sebab ataupun faktor utama untuk anda menjadi seorang trader forex

Modal permulaan yang kecil
Pertama sekali, sesiapa yang mempunyai sedikit wang dan kesabaran boleh menjadi seorang pedagang Forex. Rata-rata broker Forex memerlukan sekurang-kurangnya $300 untuk membuka sebuah akaun dan mula berdagang, tetapi ada tawaran pilihan menarik akaun standard, mikro dan malahan akaun sen di mana deposit pertama bermula dari 1 dolar Amerika. Spread terapung dari 1 pip, 200 posisi aktif dan pesanan tertunda, leveraj sehingga 1:1000 – serba lengkap. Bagus bunyinya, bukan?

Sifar komisyen broker dan platform dagangan percuma
Kebanyakan broker Forex tidak mengenakan fi, komisyen, atau caj tersembunyi. Mereka mendapatkan keuntungan dari perbezaan harga buka dan tutup, yang dipanggil spread, biasanya beberapa satu per sepuluh ribu, dari harga tersebut, yang disebut sebagai pips. Bergantung kepada saiz lot yang didagangkan, spread tipikal dua pip untuk membuka dan menutup posisi kosnya adalah antara $0.20 dan $20. Tambahan lagi, broker Forex biasanya menyediakan platform dengan penuh fitur dan suapan datam dan broker yang lebih elok menawarkan arkib bahan latihan dan analisa pasaran percuma.

Waktu perdagangan yang fleksibel
Satu lagi sebab yang bagus untuk menjadi pedagang Forex adalah fleksibility pasaran [Forex] yang sangat menyenangkan bagi para individu dengan jadual kerja yang sibuk. Pasaran tukaran matawang sangat dinamik sepanjang hari dan harga berubah-ubah secara berterusan. Ia adalah satu-satunya pasarn yang beroperasi 24 jam sehari dan lima hari seminggu. Kerana itu para pedagang tidak perlu bimbang tentang waktu pembukaan dan penutupan pasaran justeru bebas untuk mengatur dagangan mereka bila-bila mereka mahu.

Kecairan yang tinggi
Pasaran tukaran matawang adalah pasaran kewangan terbesar dan paling cair di dunia. Sebuah pasaran yang cair adalah pasaran yang mempunyai ramai pembeli dan penjual. Lebih ramai pembeli dan penjual pada satu-satu masa. Lebih ramai pembeli dan penjual yang hadir dalam satu-satu masa, lebih tinggi peluang seseorang pedagang untuk mendapatkan harga yang patut untuk menjual dan membeli pasaran. Lebih cair suatu pasaran itu, lebih rendah kecenderungan pemain besar dapat memanipulasi harga agar memihak kepada mereka. Malahan, tidak seperti pasaran saham, pemain-pemain terbesar akan mendapati ianya bermasalah buat mereka untuk memanipulasi aksi harga di pasangan matawang major lebih dari beberapa jam.

Solusi inovatif perdagangan online
Penyelesaian teknikal tekini, perisian perdagangan dan segala macam sokongan dan perkakas analisis teknikal memberikan anda sebab-sebab tambahan untuk menjadi seorang pedagang Forex. Lebih banyak platform dagangan baru muncul setiap tahun, dan ada lebih banyak kemaskini terbaru untuk perisian perdagangan Forex yang sudah popular.

Jika dibandingkan dengan banyak pasaran perdagangan online, perkembangan teknologi adalah sebab utama mengapa Forex adalah pasaran paling lumayan untuk berdagang online.

Keuntungan yang kompetetif
Soalan yang paling lazim ditanyakan oleh pedagang pemula adalah, “Berapa banyak wang yang boleh saya hasilkan?”. Pasti sekali lebih banyak yang anda laburkan, lebih banyak yang anda boleh dapat. Mari kita anggap anda mahu melabur hanya $100 bagi setiap dagangan dan anda laras sasaran keuntungan anda kepada $100 juga. Anda boleh lakukan sekurang-kurangnya 10 dagangan, kerana hanya jika semua 10 dagangan anda rugi anda akan kerugian $1000 yang anda sanggup risikokan. Saya tidak mahu libatkan matematk yang terlalu rumit, tetapi statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk mendapat 10 dagangan yang merugikan secara berturut-turut adalah kurang dari 1%. Jadi kebarangkaliannya tinggi anda akan skor beberapa posisi menguntungkan di dalam 10 dagangan. Jika sistem perdagangan anda menunjukkan prestasi sekurang-kurangnya 60% peratusan posisi menguntungkan, anda menghasilkan $200: 4 posisi merugikan * $100 = -$400 + 6 posisi menguntungkan *100 = $600. Tidaklah begitu teruk, benar? Sebagai perbandingan, purata gaji bulanan di banyak negara Eropah bermula dengan amaun yang bersamaan dengan $225.

Sesiapa sahaja benar-benar boleh menjadi seorang jutawan
Mungkin contoh terbaik seorang pedagang harian adalah jutawan yang berpangkalan di AS, Timothy Sykes. Beliau adalah salah seorang tokoh peneraju dunia saham murah. Walaupun $12,000 kelihatan banyak untuk majoriti remaja yang masih bersekolah, namun Timothy Sykes melihatnya sebagai peluang untuk membuat keuntungan di masa depan. Beliau mula berdagang saham murah ketika masih di sekolah menengah, menggunakan wang Bar Mitzvah. Menariknya, beliau berakhir dengan $1.6 juta pada usia 21 tahun. Ini adalah permulaan bagi karier lumayan beliau, dan tidak syak lagi salah satu dari pencapaian paling mengkagumkan di dalam hidupnya.

Pasaran forex mempunyai karakteristik unik dan menawarkan peluang tanpa had, menjadikannya sebuah ekologi perdagangan yang ideal. Kerana inilah jutaan pelabur novis memilih untuk berdagang Forex, kerana mereka mahu mengoptimakan keuntungan dan mendapat pendapatan kompetetif secara tetap. Ia adalah sebuah pasaran kewangan yang sangat menarik untuk mereka yang sanggup menghadapi risiko untuk beroleh ganjaran yang besar. Jadi mengapa anda tidak turut mencubanya?

 

KLIK DI BAWAH UNTUK MENJADI SEORANG TRADER FOREX HARI INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka Akaun

Like Us