Asas Forex untuk beginner

On Nov 14, 2014 | In Belajar Forex | by myfbs

Sebagai permulaan di sini ada sedikit perkara asas kepada sesiapa yang belum mengenali FOREX , berikut adalah beberapa istilah yang sering digunakan dalam bidang FOREX

Sesi Trading

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu
Pasaran Forex akan dibuka hari Isnin setiap minggu seawal jam 5 pagi waktu malaysia dan tutup pada hari sabtu jam 6 pagi waktu malaysia.
Pasaran Forex akan di tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.
Walaupun sesetengah negara membuat cuti umum, pasaran Forex tetap diniagakan di seluruh dunia.

Jenis Market-Bear,Bull

Pelabur membeli atau menjual sesuatu pasangan matawang mengikut nilai terkini harga pasaran.Harga ini berubah -ubah mengikut pasaran.

Apabila harga pasaran berterusan naik,ini dikatakan pasaran”Bullish” dan sebaliknya bila harga pasaran berterusan turun,ini dikatakan “Bearish”
Pelabur boleh mengambil keuntungan semasa pasaran Bullish dan juga Bearish kerana Forex adalah pasaran 2 hala
Ask / Bid (Beli / Jual)

1.Ask – Buy (Harga Belian)

Adalah harga belian yang ditawarkan oleh broker kepada anda.Bila anda membeli, anda membeli pada harga ini. Apabila anda membeli,anda sebenarnya membeli “Base Currency” dan juga menjual “Quote Currency” pasangan matawang tersebut.
2. Bid – Sell (Harga Jualan)

Adalah harga jualan ditawarkan oleh broker kepada anda.Bila anda menjual pada harga ini.
Apabila anda menjual,anda adalah menjual “Base Currency” dan juga membeli “Quote Currency” pasangan matawang tersebut.

Harga Bid semestinya lebih rendah dari harga Ask.

  1. Pengiraan Pip

    Pip adalah nilai perpuluhan terkecil harga matawang.

    Contoh :

    Harga pasaran ialah 1.700, bila harga ini berubah kepada 1.9701 ia adalah perubahan sebanyak 0.0001.Perubahan 0.0001 ini dikatakan 1 pip
    Nilai keuntungan pip ini berbeza-beza bergantung kepada jenis akaun dan pasangan matawang
    Standard Akaun dengan 1 lot transaksi. nilai 1 pip ialah USD 10
    Mini Akaun, dengan 1 lot transaksi,nilai 1 pip ialah USD1
    Micro Akaun, dengan 1 lot transaksi, nilai 1 pip adalah 10 sen
    Pasangan GBP/USD. Nilai 1pip (1 lot standard akaun) adalah USD 10
    Manakala pasangan GBP/JPY, Nilai 1 pip (1 lot standard akaun) adalah USD 11

    Perbezaan Harga Ask/Bid (Buy,Sell) dinamakan sebagai Spread
    Nilai Spread ini berbeza-beza di antara satu-satu pair.

    contoh:

    EUR/USD spreadnya ialah 2pip
    GBP/USD spreadnya ialah 2pip
    GBP/JPY spreadnya ialah 7 pip
    Spread di antara broker juga berbeza beza kerana ianya ditentukan oleh broker itu sendiri.
    Sesetengah broker mengamalkan spread yg tetap,dan ada juga yang berubah ubah pada masa tertentu.Spread ini sebenarnya diambil oleh broker sebagai pendapatan bagi syarikatnya.
    Adalah disarankan untuk memilih broker yg memberi spread yg rendah dan tetap kerana spread yg besar merugikan anda.

    Lot

    Lot adalah jumlah Ekuliti (matawang) yang diniagakan di pasaran
    Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk meneragamkan harga pasaran bagi sesuatu matawang
    Nilai Lot bergantung pada jenis akaun.
    Akaun Standard, 1 lot bersamaan dengan USD 10
    Akaun Mini, 1 lot bersamaan dengan USD 1
    Akaun Mikro, 1 lot bersamaan dengan USD 0.10

     Margin / Margin Call

    Margin ialah jumlah modal minimum yang perlu ada untuk membolehkan anda mengekalkan open position yang ada atau membuka position yang baru.
    Margin Call boleh berlaku jika jumlah wang didalam akaun Forex anda sudah tidak dapat menampung tahap kerugian sesuatu / semua open positions. Margin Call akan membuatkan semua open position ditutup secara automatik kerana wang di dalam akaun anda sudah tidak cukup untuk meneruskan urus niaga.
    Untuk membolehkan anda meneruskan urus niaga, anda perlulah menambah modal dengan mendepositkan wang ke dalam akaun forex anda kembali.

     Leverage

    Leverage adalah gandakan pinjaman yang diberikan oleh broker kepada anda untuk urus niaga di pasaran Forex.
    Ada berbagai leverage yang ditawarkan oleh setiap broker.Anda perlulah bijak menentukan jenis leverageyang perlu anda set kan untuk urus niaga anda.
    Leverage yang disarankan ialah 1:500, Bermaksud, setiap USD 1 yang anda keluarkan untuk dijadikan modal anda dalam akaun, broker akan memberikan pinjaman 500 kali ganda.

    contoh:
    USD 1= 1 X 500—-500 amount
    USD 20 = 20 X 500—-10,000
    1 pip = USD 1
    Modal yang anda perlukan untuk membuka 1 lot ialah USD 20 sahaja dimana jika anda membeli 1 lot GBP/USD pada rate 1,6505, broker anda memberi 10,000 GBP yang bersamaan dengan 16,505 USD.
    1 GBP = 1,6505 USD
    10,000 GBP = 16,505 USD.

    Rollover

    Rollover berlaku bila ada position yang belum ditutup dan dibawa ke hari yang berikutnya.Juga dikenali sebagai swap.Kadar rollover ini berubah dari masa ke masa.

    Contoh :

    Buy EUR/USD1 lot dan Close pada keesokan harinya, anda akan dikenakan caj – USD24.70
    Sell EUR/USD 1lot dan close pada keesokan harinya,akan dibayar USD 9.10
    (kadar rollover bergantung pada interes rate matawang sesebuah negara)
    Bagi broker yang mengamalkan islamik Akaun,tiada rollover akan dikenakan.

    Pengiraan Untung / Rugi

    Harga pasaran GBP/USD adalah 1.4500
    Analisis anda mengatakan pasaran Billish,anda BUY pada harga tersebut dan bila harga menaik kepada 1.4650,Anda Close trand dan keuntungan anda adalah 150pip.

    Anda telah BUY dengan 1 lot = USD20. Jadi nilai keuntungan anda adalah 150 x 1 lot xUSD 20 = USD 3000

    Harga Pasaran EUR/USD adalah 1.2200
    Analisis anda mengatakan pasaran Bearish, anda SELL pada harga tersebut dan bila harga menurun kepada 1.1900, anda Close trand dan keuntungan anda adalah 300 pip.

    Anda telah SELL dengan 1 lot = USD20. Jadi nilai keuntungan anda adalah 300pip x 1lot x USD20 = USD6000

    Jenis Trader

    Snipper- Hit and Run trader.Open dan close trading dalam masa paling singkat.Mengambil jumlah pip yang kecil-kecil.
    Scalper- Short-Term Trader.Kebiasaannya Open dan Close trading dalam Time Frame yang Kecil- M1,M5
    Day Trader- Open dan Close positions dalam hari trading yang sama.Mengambil jumlah pip yang agak banyak dari scalping trader.Mengunakan Time Frame M15,H1.
    Swing Trader- Open dan close positions yang mengambil masa berhari-hari. Mengambil keuntungan yang lebih besar dari day trader.Mengunakan Time Frame H4,Daily.
    Position Trader-mengekalkan posisi trading berminggu-minggu atau bertahun-tahun.Mengunakan Time Frame Weekly,monthly.

    Money Management (MM)

    Money Management sangat penting semasa anda menjadi seorang trader berjaya.Tanpa MM anda kemumkinan berhadapan dengan kerugian dan berisiko tinggi.
    Pastikan anda risiko maksimun 5% sahaja dari modal anda.
    Pastikan anda kawal modal anda dengan mengamalkan MM yang ketat.
    Rancang kemampuan trade anda melalui multiple Lot, 1 lot dsb.
    Pastikan kesesuaian untuk close position dan nilai profit/rugi anda
    Sentiasa set kan SL(Stop loos)
    Kenal pasti TP (Take Profit) semasa trade.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka Akaun

Like Us